|
WELCOME DEAR 2013 :)
Sunday 30 December 2012 | 23:57 | 0 star
Masih awal? Ya..aku tau masih awal. Nak buat macam mana..aku nak balik hostel dah esok (31 DIS 12) Malam ni malam last aku nak menggedik kat Twitter,Facebook dan Blog. Lepaih ni nak p menggedik kat hostel pulak. Sebenaqnya aku bukan tak suka balik hostel..aku pon tak tau pasaipa. Best apa balik hostel. Boleh jumpa kawan-kawan yang sekian lama dirindui. Sapa tak suka hostel life? Semua orang suka. Aku tak sanggup nak tempuhi zaman fiver nanti. Bila sampai masa tu, boleh bilang ngan jari berapa hari ja lagi nak habih sekolah,nak tamat hostel life. Aku tak bersedia lagi nak hadapi zaman 'cukup umoq'. Tak ready lagi nak jadi dewasa. *Erk --' kekeringan idea. HAPPY NEW YEAR. 2013, PLEASE BE NICE TOWARDS ME :) HARAP-HARAP DAPAT JADI PREFECT. AMIIN! SEDARLAH...
Friday 14 December 2012 | 20:30 | 0 star
Ehem..mungkin blog aku x semenarik blog hampa hampa semua. Aku memang tak reti bab bab nih..sorryla..
So, post kali ni aku nak cakap pasai satu benda ja. VANDALISME. Kegiatan ni memang selalu terjadi di mana-mana. Tapi aku tak paham pasaipa kalau sebut ja pasai benda ni mesti terlintas di fikiran: REMAJA yang buat. Betoi dak? Memangla kebanyakan remaja yang buat semua kegiatan tak elok nih tapi tak semua. Ada paham? Cuba JANGAN tengok yang negatif. Tengokla yang positif dan ambil iktibar. Aku tengok berita. Macam-macam kes jadi kat dunia la ni. Tapi adakah semuanya sebab REMAJA? Haritu ada kes rogol. Ntah berapa orang dah yang dia rogol, liwat dan bunuh. Tapi yang buat tu bukan remaja. Yang buat tu layak dipanggil DATUK bukan DATO'. Ada beza tu. Aku bukan nak kata orang tua yang teruk..tapi aku nak tegaskan yang BUKAN SEMUA remaja TERUK! Ada ja yang baik. Malah berlambak-lambak.
Yang menarik perhatian aku untuk post tajuk ni kali ni ialah bila semua pengalaman yang aku lalui aku gabungkan dengan berita yang aku dengar dan baca setiap hari. First, cuba sedar diri sikit. Semua yang pihak kerajaan sediakan kat kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Baru-baru ni, dekat Perak. EMPAT kamera AES diROSAKkan. Wallahualam angkara makhluk mana tak tau. Deyy..sedarlah..kamera tu guna duit kita jugak. Duit rakyat Malaysia jugak. Pikiaq kamera tu satu sekupang ka? Beratus oii..Kalau tak mau kamera tu ambik gambar hampa yang bawak melebihi halaju ni..jangan la bawak moto kereta tu laju-laju. Tak salah ikut peraturan. Tak berdosa pon. Kalau melanggar peraturan kan dah kena saman. Melayang duit hanya disebabkan kelalaian sendiri. Aku tau aku tak layak cakap pasai benda nih. Aku mengaku aku baru nak masuk 16 tahun menjelang 2013 ni.
Rasulullah sendiri bersabda bahawa jangan tengok siapa yang memberi nasihat tetapi ambil isi yang diberi. Even kalau pelacur sekalipon yang bagi tazkirah atau nasihat kat kita jangan berzina kita kena terima. Jangan pulak kita kata :" Buat apa nak dengar cakap hang sedangkan hang pon berzina." Jangan sesekali kita cakap macam tu. Kalau tanya semua orang nak masuk syurga ka neraka, mesti semua jawab syurga kan? Maaf terlanjur. Aku tak layak nak cakap pasai syurga neraka nih sebab itu semua ketentuan Allah.
Benda yang sama jadi kat sekolah aku. Bukan sekolah aku ja. Semua sekolah pernah jadi. Bohongla kalau hang kata sekolah hang tak jadi benda nih. Aku bagi contoh fire extinguisher. Pantang nampak, tarik picu, tekan main sampai habis. Pastu bila principal tanya semua buat kelam tak mau mengaku. Then sampai satu tahap pihak sekolah mintak ganti rugi suruh bayar sorang beberapa ringgit, mula nak merungut. Pikiaq balik. Salah sapa? Salah diri sendiri la. Yang dok galak main tu pasaipa? Kan dah kena bayar. Cuba kalau tangan tu dok sengap tak kacau harta benda sekolah. Tak dakla nak kena bayar banyak-banyak. Kalau benda tu harta family hang tak pa la jugak nak main banyak mana pon. Lagi satu kes mencuri. Bila si mangsa report kat cikgu, cikgu tanya tak mau mengaku pastu cikgu suruh bayar balik sorang beberapa ringgit, merungut lagi. Sapa suruh jadi pencuri? Lagi satu apa yang pencuri tu buat dengan duit atau apa saja benda yang dicurinya? Kalau dia guna benda-benda tu kira haram. Sanggupnya makan benda haram. Kemain mengaku setan tu musuh, tapi awat ikut hasutan dia? Awat jadi kawan dia? Deyy..Allah bagi otak, akal fikiran..guna la elok-elok. Hak Allah tu. Bila-bila ja Allah boleh ambik balik tau.
Kemarin ada game. Bola. HARIMAU MALAYA VS GAJAH PERANG. Aku tak nafikan aku ni peminat setia HARIMAU MALAYA. Peminat fanatik. Bila kalah memang bagi kesan yang amat dalam kat hati aku nih. Baru aku yang rasa macam tu. Siapala aku? Hanya peminat saja. Kalau aku boleh mengalami kesedihan yang melampau bila pasukan feveret aku kalah, tambah la pulak depa yang p berjuang melawan musuh tu kalah. Memang lagi power la depa rasa dari aku. Tapi kita kena reda. Doa sudah, usaha pon sudah. Adat pertandingan memang ada menang dengan kalah. Mungkin ada hikmat disebalik kekalahan HARIMAU MALAYA. Aku pon rasa sedih jugak bila pengadil Korea tu melayangkan kad merah kat Fadhli Shas. Aku nampak dia teriak lepas tu. Memang bukan salah dia. Dia hanya nak menegakkan keadilan bila bahu dia ditolak oleh pemain Thailand. Mungkin dia nak tanya la kot pasaipa player Thailand tu buat macam tu. Bila dah hilang sabar macam-macam boleh jadi. Maafla. Ini hanya andaian aku ja. Kalau nak kebenaran, p tanya Fadhli Shas sendiri la. Aku baca dalam Facebook. Ramai yang buat andaian sendiri yang reff tu main rasuah sebab tak nampak kesalahan Thailand. Aku bukan nak menyebelahi reff Korea tu. Tapi, tak baik kita bersangka buruk kat dia. Mana nak tau kot-kot dia memang tak nampak kesalahan player Thailand tu. Tapi biarlah..let bygone be bygone! Jangan anggap HARIMAU MALAYA kalah. Tapi anggaplah bahawa kita ni baik hati bagi takhta kat depa sat. Bagi aku, HARIMAU MALAYA tak pernah kalah.
Aku nak mintak maaf kalau post kali ni menyakitkan hati banyak pihak. Aku tak bermaksud nak buat macam tu pon. Aku cuma menjalankan tugas sebagai seorang muslimat. Wanita mukminah solehah! Maaf seribu kali maaf. :)
lotsoflove,G-ah:)
SEDARLAH WAHAI MANUSIA! =="
Wednesday 5 December 2012 | 20:37 | 0 star
ENJOY!
lotsoflove,G-ah:)
BOSAN!
| 16:55 | 0 star
Ada satu perkara yang membuatkan aku kecut perut bila memikirkan pasainya..iaitu RESULT PMR!! bila nak keluaq? aku dapat berapa hah? aku takut.. aku harap aku dapat 8A la..Amin! Hatudia..melalut sampai x ingat tujuan sebenar aku..ekceli, post kali ni khas buat bestfriend aku iaitu Syafika Shuhaimi. Dia nak baca blog aku yang baru berapa hari x update..haha..aku tak dak idea sebenaqnya..apa nak tulis hah? Nak tulis pasai buddyz..baru tulis ja..Aku tau.. Sahabatku,Syafika Shuhaimi; ingatlah bahawa aku sayang hang. So, lagu ni khas buat hang. Kau Di kala ku duka Setiap tangisan dan Juga ketawa Kau ada dikala ku perlu Setia menemaniku Pegang erat tanganku Bila aku jatuh Kaulah yang selalu Selalu menemaniku Mendengar kisah Pahit manis hidupku Kaulah yang disitu Setia menungguku Kaulah yang satu Menjadi sahabatku Kau ada dikala ku jatuh Di setiap bangunku Terus menemaniku Tanpa rasa jemu Kau ada disetiap tawa Dikala bahagia Kau menjadi sahabatku Selamanya Aku salin tak full pon sebab asyik ulang yang sama..aku malas..hehe..Well, Eyka..I LOVE YOU DEAR! lotsoflove,G-ah :) |